Wednesday, March 28, 2007

Aku Bukan Pengembala Lagi


Assalamualaikum..Saya bukannya lagi seorang pengembala kambing. Jauh sekali kalau dituduh sebagai saudagar kambing. Cuma hati ini terdetik untuk melakukan pekerjaan ini sebagai satu sumber pahala, pendapatan dan perniagaan. Langkah pertama belum lagi bermula. Namun asasnya sudah ada, iaitu keazaman untuk merubah nasib diri. Walau apa pun ini adalah blog baru saya..Sebelum ni dah ada. Cuma ianya dalam bidang lain. Akan tetapi blog ini wujud adalah bertujuan untuk menghimpun seberapa banyak yang mungkin ilmu berkaitan dengan perkambingan yang bakal dimanafaati dan ditempuhi pada masa akan datang. Untuk permulaan, saya akan copy paste artikel-artikel yang terdapat dalam beberapa blog kepunyaan old timer-old timer kambing untuk diletakkan dalam blog ini. Insya-Allah saya akan menyusunnya dalam susunan yang teratur agar ia dapat dimanafati oleh kita bersama.. wassalam

Blog Khas Tentang Si Kambing

Blog ini khas untuk ilmu Perkambingan